Pages

Wednesday, 11 January 2012

PENTINGNYA MEMBENTUK SIFAT

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ PENTINGNYA MEMBENTUK SIFAT ~

FIRMAN ALLAH:
Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya?. Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?. [Huud:24]

Dari petikan ayat Al-quran diatas telah menunjukkan pentingnya sifat sehingga membezakan orang mukmin dan kafir. Mana-mana agama sekali pun mengajar pengikutnya untuk mempunyai sifat-sifat yang baik tetapi Islam lebih menekankan hal membentuk sifat yang terpuji. Jadi bagi seorang muslim yang mempunyai sifat yang lebih keji dari kafir yang mempunyai sifat yang baik, Adakah layak dipanggil Muslim??

SABDA RASULULLAH:
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas )

Yang dimaksudkan sunnah ini adalah PERILAKU Rasullullah SAW sepanjang kehidupannya, apa yang di lakukan sehariannya dan bukanlah bagi sesetengah individu hanya mengambil Rasulullah boleh berkahwin 4 jadi ikut sunnah rasullullah. Rasulullullah Waktu asar sahaja kalau ada lebihan makanan, diberinya pada orang lain, yang ni tak nak pula diikutnya.

Selalu kita dengar ramai yang berkata Rasullullah "The perfect man" , manusia ini lemah dan sentiasa melakukan dosa, mana boleh jadi macam Rasulullah. Memang tidak dinafikan kenyataan ini tapi ini bukan alasannya.

Saya memberi perumpamaan di sini, waktu zaman persekolahan, Bila hujung tahun 1 lihat report kad, Bahasa Melayu 'C' , Bahasa Inggeris 'E' , Matematik 'D', tapi ada sudut kelakuan cikgu letak 'D', pasal nakal sikit.

Tahun hadapan, dari yang 'C' dah jadi 'B-' , Dari yang 'D' dah jadi 'C' , dan sudut kelakuan dah ada perubahan dari 'D' jadilah 'C -' . Begitulah seterusnya dibimbing sehinggalah jadi manusia.

Apa yang ingin saya perjelaskan disini, Kita memang tidak terlepas dari melakukan dosa, tapi apa yang lebih penting disini adalah perubahan yang kita tunjukkan setiap hari, setiap bulan , setiap tahun walaupun perubahannya sedikit tapi ALLAH lebih memandang manusia yang ingin berubah dan ikhlas untuk berubah dan hanya ALLAH sahaja yang akan membimbing mereka yang benar-benar tulus mengubah sifatnya hanya kerana ALLAH SWT.

Jadi inilah pendekatan yang cuba saya bawakan dalam blog ini dari masa ke masa untuk melihat akan ada perubahan dari segi sifat yang hadir dalam Bangsa Melayu dan umat Islam yang ada mengikuti blog ini, InsyaALLAH. Mohon ALLAH memberi kekuatan dan ilmu yang benar untuk menyampaikan.

Mohon disebarkanlah link blog, facebook page ini kepada yang lain untuk kita sama-sama berkongsi pendapat dan ilmu.


- ARMI




No comments:

Post a Comment