Pages

Monday, 23 January 2012

JANGAN BERTUHANKAN NAFSU (BAH. 2)

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------


~ JANGAN MEMINTA UPAH ~

FIRMAN ALLAH:
Katakanlah (hai Muhammad): "Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas da'wahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan. [Shaad:86]

Inilah fenomena yang telah berlaku pada kebanyakkan pendakwah zaman kini. Lebih mementingkan harta dari keikhlasan menyampaikan kebenaran dalam membangunkan Bangsa dan Agama sedangkan telah terang-terangan ALLAH melarang kita dari meminta upah dalam berdakwah.

Saya mengambil contoh cerita dibawah sebagai pengajaran buat kita dalam hal ini.

Ada seorang pendakwah yang dijemput untuk hadir memberi ceramah diluar kawasan KL ini telah meletakkan harga ceramahnya mengikut jam dan ada syarat tambahan pula, siap minta penginapan nak bawa satu keluarga datang. Dia ingat nak pergi bersuka ria bercuti ke apa?

Jadi timbul lah suara-suara sumbang yang mengatakan, kalau tidak meminta upah macam mana nak hidup?.

Jangan disebabkan soal hidup sehinggakan boleh mengetepikan firman ALLAH, sehingga boleh menghalalkan yang haram. Maka keluar lah fatwa2 sendiri yang membolehkan mereka meminta upah dan mereka inilah yang telah menjadikan NAFSU MEREKA ITU SEBAGAI TUHAN.

Nak cerita soal hidup, pergi lah berniaga ke, bercucuk tanam ke. Tidak ada pula ALLAH suruh cari makan dengan berdakwah.

Kita cuba ambil rasionalnya pada zaman Rasulullah dalam usaha mengembangkan ajaran ISLAM. Sekiranya setiap yang nak menganut Agama ISLAM dikenakan bayaran oleh Rasulullah, tak tahulah apa lagi cacian orang pada Rasulullah sedangkan tak minta bayaran pun orang kafir dah panggil Rasulullah "gila".

Sahabat-sahabat Rasulullah berkorban dengan harta benda mereka dalam menyebarkan ajaran ISLAM sehinggakan suatu ketika Rasulullah bertanyakan pada Sayidina Abu Bakar adakah lagi harta yang tinggal ? jawabnya 'yang tinggal hanyalah ALLAH dan Rasul sahaja'.

Mengapa Penganut KRISTIAN menarik orang dengan cara membeli iman orang dengan wang ringgit ? Mereka sanggup memberi wang dan membantu orang yang susah asalkan orang ini mahu mengikuti ajaran mereka. Ini lah ajaran ISLAM yang sebenarnya, tapi kenapa pendakwah ISLAM sendiri tidak ikut??

Mana pergi nya maruah dan martabat pendakwah yang selama ini berlindung dengan nama Ustaz, Ustazah, Ulama kalau nak dibandingkan dengan pendakwah-pendakwah Kristian ini??

Jadi teserahlah pada pembaca untuk menilaikan manusia jenis apakah ini? yang berselindung disebalik agama dan ini telah banyak berlaku dalam BANGSA kita.

Jangan salahkan kalau penyampaian kita sukar untuk diterima orang kalau sudah diri sendiri tidak mencerminkan peribadi Rasullullah.

Selagi ramai pendakwah yang sebegini di Malaysia, selagi itulah BANGSA kita akan terus kekal lemah begini.


- ARMI

Tuesday, 17 January 2012

JANGAN BERTUHANKAN NAFSU (BAH. 1)

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.

--------------------------------------------------------------

~ NAFSU ADALAH TUHAN ? ~

FIRMAN ALLAH:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang menyekutukanNya, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. [An-Nisaa': 116]

Seperti yang kita sedia maklum, biar sebesar mana dosa sekali pun, masih ada harapan untuk diampunkan asalkan jangan mempersekutukan ALLAH (Syirik).

Tapi bagaimana pula dengan Firman ALLAH dibawah, dimana ALLAH menyatakan ' mereka yang menjadikan hawa nafsu itu TUHAN mereka' .

FIRMAN ALLAH:
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYA dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? [Al- Jaatsiyah: 23]

Tidakkah TUHAN itu merujuk kepada elemen sesembahan dimana ALLAH telah terang-terangan menyatakan ia sebagai syirik dan tidak diampunkan.

Tidak banyak penceramah-penceramah yang menekankan hal ini dan ada juga pihak yang beranggapan mereka yang mengikut hawa nafsu sehingga menjadi syirik.

Tetapi pada saya, ayat tersebut lebih merujuk kepada dosa syirik kerana pada Firman Allah yang lain secara terus menyatakan tentang berhala, dan menjadikan sesuatu sebagai sesembahan malah terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang peribadi Mukmin yang mampu menjaga hawa nafsu mereka.

Jadi pada mereka yang terlalu mengikut hawa nafsu sehingga melanggar segala perintah ALLAH, fikirkanlah balik ayat ini.

Terpulang pada pembaca untuk mentafsirkan ayat ini tapi sebelum itu mohon lah pada ALLAH agar jangan lah kita tergolong dalam orang yang telah "DIKUNCI MATI PENDENGARAN DAN HATI DAN DILETAKKAN TUTUPAN ATAS PEENGLIHATAN MEREKA SEHINGGA ALLAH TIDAK MAHU LAGI MEMBERI PETUNJUK".


- ARMI

Monday, 16 January 2012

BAGAIMANA NAK KABUL DOA (BAH. 2)

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ SUDUT PENGGUNAAN BAHASA ~

Bab bagaimana nak kabul doa ni yang paling penting adalah tinggalkan yang dilarang kerjakan yang disuruh seperti apa yang saya tulis di artikel sebelum ini. Tapi kali ini saya nak sentuh dari sudut bahasa.

Boleh saya katakan MAJORITI yang berdoa tak kiralah orang biasa ke, ustaz ke, imam ke dari sudut penggunaan bahasa sahaja dah kurang cantik.

Benar atau tidak kalau saya katakan ramai berdoa macam ini " Ya Allah, Kau Kayakan lah aku, Kau murahkanlah rezeki aku, Kau bagi lah aku FERRARI sebiji, KAU..., KAU..." :-) umpamanya, tak tuju pada sesiapa pun.

Cuba hayati doa diatas, adakah bunyinya seperti kita yang MEMBERI ARAHAN PADA ALLAH ?? Seolah-olah kita pula JADI TUHAN.

Jadi sebaik-baiknya gunakanlah bahasa MOHON DI-.... sebagai contoh: "Ya ALLAH, Mohon di berikan ku kekuatan dari segi keimanan, ketakwaan dan amal soleh. Mohon di...Mohon di.."

Cubalah sampaikan pada yang tidak tahu moga ilmu yang kita dapat ini diberkati dan ditambahkan lagi oleh Allah SWT.


- ARMI

Saturday, 14 January 2012

BAGAIMANA NAK KABUL DOA (BAH. 1)

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ DOSA MENDINDING DOA ~

FIRMAN ALLAH:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADA-KU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran [Al-Baqarah:186]

Seringkali ramai yang memendamkan rasa tidak puas hati, sedih dan tanda tanya mengapa seringkali doa tidak dimakbulkan.

Pertama sekali tanya pada diri sendiri, adakah layak nak persoalkan ALLAH nak kabul atau tidak doa kita sedangkan segala perintah dan larangan ALLAH kita ingkar.

Doa kita tidak tembus macam doa para nabi yang maksum yang mana mereka ini dihindar dari dosa. Selagi mana kita tidak serius dengan ALLAH begitu jugalah ALLAH yang hanya memandang kita seperti sebutir pasir di lautan.

Seumpamanya rakan kita yang kita tidak pernah ingat nak telefon tanya khabar langsung bertahun-tahun, tiba dalam kesusahan baru nak minta tolong, rasanya kalau anda jadi rakan orang macam ni nak tolong ker??

Namun begitu sebagai seorang Muslim dan MUKMIN, kita disuruh berdoa dan jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa kerana 'DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN' .

SABDA RASULULLAH:
Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Jadi selalu-selalu lah "calling-caling" ALLAH, sekurang-kurangnya kalau solat wajib tak tinggal ada lah 5 kali sehari calling ALLAH. Jangan sampai jadi "miss call" jer :-).


- ARMI

Friday, 13 January 2012

TAK PERLU SIBUK NAK KEJAR PAHALA

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ TAK PERLU SIBUK NAK KEJAR PAHALA ~

FIRMAN ALLAH:
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
[Al-Zalzalah : 7-8]

Seringkali dimana sahaja ceramah yang kita dengar banyak yang cerita PAHALA, buat ni dapat pahala, niat sahaja pun dah dapat pahala. Jadi kalau dah sampai mudah nya nak dapat pahala, apa lagi nak kejar kan pahala, sebaliknya hitunglah sebanyak mana DOSA.

Bukan maksud saya salah mengejar PAHALA, siapa yang tidak mahu pahala tetapi sebanyak mana pahala sekali pun dosa tetap dihitung dahulu seperti Firman ALLAH diatas.

Sebagai perumpamaan, PAHALA ada 100 tan , DOSA ada 500 gram, baru ingat nak masuk syurga dah kena tahan pulak..macam mana nak jawab 500 gram dosa ni??

Tapi kalau PAHALA ada 500 gram DOSA kosong '0', sekurang-kurangnya dapatlah masuk "syurga 1 Bintang". Jadilah dari tak dapat masuk langsung.

Jadi bagi sesetengah kepercayaan masyarakat dan ajaran sesetengah pihak, mereka mengatakan DOSA dan PAHALA ni macam 'dacing'. kalau berat pahala masuk syurga dan sebaliknya.

Minta maaf cakap, rasanya Firman Allah diatas dah cukup menerangkan. Jadi banyak-banyaklah beringat dari sekarang.


- ARMI

Thursday, 12 January 2012

BERLAKU JUJUR

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ BERLAKU JUJUR ~


FIRMAN ALLAH:
 "Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun ridha terhadapnya. Itulah keberuntungan yang paling besar". [al-Ma`idah:119]

Menyentuh soal kejujuran berapa ramai orang yang mampu berlaku jujur menyatakan kesalahan yang dilakukan sebaliknya majoriti akan cuba memberikan seribu alasan dan pembohongan bagi menutup segala kesalahan yang dilakukan.

SABDA RASULULLAH:
“Perhatikanlah kejujuran, sekalipun menurut kalian ada kebinasaan, sesungguhnya kejujuran itu adalah keselamatan.” (Ibn Abid Dun-ya)
Berlakulah jujur sekalipun kalau berlaku jujur mengundang masalah didunia tetapi disisi ALLAH kita akan selamat.

Saya memberikan satu situasi dimana seseorang yang memang benar bersalah dan telah dibicarakan kes di mahkamah, tapi sebabkan duit banyak, ambil peguam sampai berbelas orang, dan akhirnya didapati tidak bersalah..

INGAT!! didunia kamu lepas tapi di 'mahkamah' ALLAH mana nak lari nanti.

Tapi bagi mereka yang berani mengaku kesalahan yang dibuat, walaupun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sekalipun tapi diakhirat kelak kamu akan selamat.

Jadi fikir-fikirkanlah wahai bangsaku, adakah kamu memilih dunia yang singkat melebihi dari akhirat ??

Namun harus diingatkan, Apabila sampai yang HAK pasti akan mengatasi yang BATIL. Jadi banyak-banyaklah bersabar.

FIRMAN ALLAH:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya) [Al-Anbiya: 18]


- ARMI

Wednesday, 11 January 2012

PENTINGNYA MEMBENTUK SIFAT

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ PENTINGNYA MEMBENTUK SIFAT ~

FIRMAN ALLAH:
Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya?. Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?. [Huud:24]

Dari petikan ayat Al-quran diatas telah menunjukkan pentingnya sifat sehingga membezakan orang mukmin dan kafir. Mana-mana agama sekali pun mengajar pengikutnya untuk mempunyai sifat-sifat yang baik tetapi Islam lebih menekankan hal membentuk sifat yang terpuji. Jadi bagi seorang muslim yang mempunyai sifat yang lebih keji dari kafir yang mempunyai sifat yang baik, Adakah layak dipanggil Muslim??

SABDA RASULULLAH:
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas )

Yang dimaksudkan sunnah ini adalah PERILAKU Rasullullah SAW sepanjang kehidupannya, apa yang di lakukan sehariannya dan bukanlah bagi sesetengah individu hanya mengambil Rasulullah boleh berkahwin 4 jadi ikut sunnah rasullullah. Rasulullullah Waktu asar sahaja kalau ada lebihan makanan, diberinya pada orang lain, yang ni tak nak pula diikutnya.

Selalu kita dengar ramai yang berkata Rasullullah "The perfect man" , manusia ini lemah dan sentiasa melakukan dosa, mana boleh jadi macam Rasulullah. Memang tidak dinafikan kenyataan ini tapi ini bukan alasannya.

Saya memberi perumpamaan di sini, waktu zaman persekolahan, Bila hujung tahun 1 lihat report kad, Bahasa Melayu 'C' , Bahasa Inggeris 'E' , Matematik 'D', tapi ada sudut kelakuan cikgu letak 'D', pasal nakal sikit.

Tahun hadapan, dari yang 'C' dah jadi 'B-' , Dari yang 'D' dah jadi 'C' , dan sudut kelakuan dah ada perubahan dari 'D' jadilah 'C -' . Begitulah seterusnya dibimbing sehinggalah jadi manusia.

Apa yang ingin saya perjelaskan disini, Kita memang tidak terlepas dari melakukan dosa, tapi apa yang lebih penting disini adalah perubahan yang kita tunjukkan setiap hari, setiap bulan , setiap tahun walaupun perubahannya sedikit tapi ALLAH lebih memandang manusia yang ingin berubah dan ikhlas untuk berubah dan hanya ALLAH sahaja yang akan membimbing mereka yang benar-benar tulus mengubah sifatnya hanya kerana ALLAH SWT.

Jadi inilah pendekatan yang cuba saya bawakan dalam blog ini dari masa ke masa untuk melihat akan ada perubahan dari segi sifat yang hadir dalam Bangsa Melayu dan umat Islam yang ada mengikuti blog ini, InsyaALLAH. Mohon ALLAH memberi kekuatan dan ilmu yang benar untuk menyampaikan.

Mohon disebarkanlah link blog, facebook page ini kepada yang lain untuk kita sama-sama berkongsi pendapat dan ilmu.


- ARMI




Tuesday, 10 January 2012

MELAYU DULU, KINI DAN ???

-------------------------------------------------------------
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
3x بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
3x يا الله


Auzubillahhiminassyaitonirrajim
Bismillahhirrahmanirrahim 3x
AshaduAllahilahaillAllah, WaashaduannaMuhammadurRasulullah
Innalillahi wainnaillahirojiun
Ya Allah 3x


Ya ALLAH mohon petunjuk serta bimbingan ke jalan agama yang Engkau redhai dan perlihatkanlah kami kebenaran dan palingkan lah kami dari kemungkaran. amin.
--------------------------------------------------------------

~ MELAYU DULU, KINI DAN ?? ~

Sedarlah wahai Bangsa ku, Bangsa Melayu,
Dulu tanah namanya Melayu, Kini Melayu bunyinya Sayu.

Sedarlah wahai Bangsa ku, Bangsa Melayu,
Dulu cekal menuntut kebebasan, Kini sudah menjadi Pondan.

Sedarlah wahai Bangsa ku, Bangsa Melayu,
Dulu Melayu kekuatannya Islam, Kini Islam dicaci Melayu diam.

Sedarlah wahai Bangsaku, Bangsa Melayu,
Dulu Quran jadi pegangan,kini melayu banyak berangan.

Sedarlah wahai Bangsa ku, Bangsa Melayu,
Kita tidak sekuat dahulu, kita berpecah mereka bersatu, kita berbalah mereka jitu.

Sedarlah wahai Bangsaku, Bangsa Melayu,
Dulu, Kini , adakah untuk selamanya??

Sampai bila nak berpeluk tubuh?
Sampai bila nak Bergaduh?
Sampai bila nak jadi Bodoh?

Sedarlah wahai Bangsaku, Bangsa Melayu,
Apakah sumbangan kamu pada Bangsa mu?
Apakah sumbangan kamu pada Agama mu?
Adakah hanya diam membisu?
Menunggu hari dibacakan buku?
Apakah jawapan kamu ketika itu?
Jangan sampai diri dipalu.


-ARMI